Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DISELAMATKAN POLIS SELEPAS DIKURUNG PEMBELI IPHONE

DALAM NEGARA

DISELAMATKAN POLIS SELEPAS DIKURUNG PEMBELI IPHONE

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 25 tahun yang hilang sejak 6 Mac lalu ketika membuat penghantaran telefon bimbit jenis iPhone di Sungai Besi berjaya diselamatkan polis selepas dipercayai dikurung lelaki yang mendakwa ingin membeli peranti yang dijualnya.

Menurut laporan Harian Metro, mangsa, Muhammad Amirul Shafiq dikurung selama lima hari di sebuah rumah di Ayer Keroh, Melaka.

Muhammad Amirul memaklumkan lelaki berkenaan mengajaknya masuk ke dalam kereta suspek kononya untuk membuat bayaran dan mangsa kemudian disembur ubat nyamuk ke mata, ditumbuk serta diikat tangan dan mulut dengan pita pelekat.

Mangsa juga dipaksa makan 10 biji ubat yang menyebabkannya berada dalam keadaaan separuh sedar.

“Pembeli terbabit bersama dua lagi lelaki kemudian meninggalkan saya bersama rakan mereka di rumah itu pada Ahad lalu.

“Malah rakannya yang mengawal saya itu turut menyamar kononnya dia adalah anggota polis dan menahan saya kerana melakukan kesalahan,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Muhammad Amirul berjaya diselamat polis dalam satu serbuan polis tengah malam tadi.

Pihak polis dijangka akan mengeluarkan kenyataan penuh berhubung kes tersebut dalam masa terdekat. — AlHijrah Online

KREDIT: HARIAN METRO

ARTIKEL ASAL: https://www.hmetro.com.my/utama/2021/03/683221/5-hari-dikurung-pembeli-iphone-metrotv


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading