Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

Doktor hina bekas Agong letak jawatan serta-merta

DALAM NEGARA

Doktor hina bekas Agong letak jawatan serta-merta

SHAH ALAM – Kumpulan Klinik Mediviron mengesahkan doktor yang membuat komen berbaur hinaan terhadap bekas Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di laman Facebook peribadinya telah meletakkan jawatan berkuatkuasa serta-merta.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan kumpulan klinik itu hari ini, pihaknya turut kecewa dengan komen yang dibuat Dr Rupesh Muniandy yang bertugas di klinik cawangan Kajang itu.

“Pihak pengurusan Kumpulan Klinik Mediviron amat kecewa dengan komen yang dibuat Dr Rupesh Muniandy yang telah mengguris perasaan dan sensitiviti orang ramai.

Kenyataan yang dikeluarkan Kumpulan Klinik Mediviron

“Nilai-nilai yang kami tanamkan selama 33 tahun dalam memberikan perkhidmatan terbaik oleh doktor-doktor dan jururawat kami meliputi pelbagai kaum dan masyarakat Malaysia berlandaskan prinsip Rukun Negara,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, komen yang dibuat secara peribadi tersebut tidak mencerminkan apa jua pendapat dan penilaian kakitangan dan pengurusan kumpulan klinik berkenaan.

“Dr Rupesh Muniandy juga telah memohon maaf di atas komennya dalam akaun Facebook beliau sendiri dan bersetuju untuk bertanggungjawab sepenuhnya,” kata kenyataan itu.

Sebelum itu, akaun Facebook milik doktor berkenaan diserang netizen selepas beliau memuat naik komen berunsur hinaan terhadap bekas Yang di-Pertuan Agong. – Sinar Harian


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Mat Piah Teh Deris

    11 January 2019 at 4:02 PM

    Kenakan hukuman setimpal!
    Penghinaan ini perlu disekat dan dihentikan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading