Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

Tiada jadual khusus pengunduran tentera AS dari Syria

DUNIA

Tiada jadual khusus pengunduran tentera AS dari Syria


Proses pengunduran tentera AS dari Syria ambil kira beberapa faktor.- Foto AFP

WASHINGTON, 9 Januari – Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) menolak sebarang jadual untuk rancangan pengunduran pasukan tenteranya dari negara Arab bergolak, Syria.

Jurucakap Pentagon, Komander Sean Robertson berkata, “Satu rangka kerja pengunduran untuk Operasi Inherent Resolve (OIR) telah diluluskan dan sedang dilaksanakan oleh pasukan tentera AS. Rangka kerja berkenaan adalah berpandukan syarat dan pelan pengunduran tentera tidak tertakluk kepada garis masa, sebaliknya ia dipengaruhi beberapa faktor termasuk cuaca,” kata Robertson.

OIR merupakan kempen ketenteraan AS yang dilancarkan pada Ogos 2014 setelah kumpulan pengganas Takfiri yang juga rangkaian militan Daesh menawan sebahagian besar Syria dan Iraq. Semenjak itu, AS mengekalkan kehadiran tenteranya di bumi Syria tanpa sebarang kebenaran kerajaan Damsyik atau mandat daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Kenyataan Pentagon tersebut dikeluarkan selepas pengumuman mengejut Presiden Donald Trump yang menggesa pengunduran segera tentera AS pada Disember lalu dengan alasan militan Daesh telah berjaya ditumpaskan.Bagaimanapun, dua minggu lalu, Trump dilihat seolah-olah menyerah kepada tekanan agar pengunduran dilakukan secara berperingkat dalam tempoh empat bulan.Dalam pada itu, Presiden Israel, Benjamin Netanyahu dilaporkan bertemu Setiausaha Pertahanan AS, Mike Pompeo minggu lalu, bagi menggesa pengunduran tentera AS di Syria dilakukan dengan perlahan. Media Israel pula mendakwa, Pompeo memenuhi tujuh dari lapan permintaan Netanyahu, namun tidak memberi sebarang penjelasan lanjut berhubung perkara itu. – Sinar Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading