Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA BERADIK KRITIKAL SELEPAS MAKAN KEROPOK MENGANDUNGI RACUN TIKUS  

DALAM NEGARA

DUA BERADIK KRITIKAL SELEPAS MAKAN KEROPOK MENGANDUNGI RACUN TIKUS  

KULIM: Dua kanak-kanak lelaki dilaporkan kritikal selepas makan makanan ringan berupa keropok yang mengandungi racun tikus di sebuah kebun di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, di sini pada Ahad.

KULIM: Dua kanak-kanak lelaki dilaporkan kritikal selepas makan makanan ringan berupa keropok yang mengandungi racun tikus di sebuah kebun di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, di sini pada Ahad.

Kanak-kanak berusia berusia 2 dan 3 tahun terbabit makan makanan itu yang digantung di lokasi kejadian yang terletak berdekatan rumah dua beradik itu.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Azizul Mohd Khairi berkata, kejadian itu disedari ibu mangsa yang berusia 25 tahun pada jam 11 pagi selepas melihat anaknya muntah dan mulut berbuih.

“Ibu kanak-kanak itu segera membawa kedua-dua anaknya ke Klinik Kesihatan Malau sebelum dikejarkan ke Hospital Kulim (HK) untuk rawatan lanjut.

“Hasil siasatan polis mendapati dua beradik itu dipercayai mengambil paket keropok segera yang tergantung di dawai besi pagar yang mengandungi racun untuk dijadikan perangkap monyet.

“Kedua-dua mangsa dipercayai  membuka dan makan makanan ringan itu dan tidak lama kemudian ibu mangsa mendapati anak-anaknya muntah dan mulut berbuih,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Azizul berkata, hasil pemeriksaan pegawai perubatan Hospital Kulim mendapati kedua-dua beradik itu kini berada dalam keadaan kritikal.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa telah dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta 611 berkaitan pengabaian terhadap kanak-kanak dan Seksyen 284 Kanun Keseksaan.

“Pihak polis sedang mengesan pemilik kebun yang disyaki jiran mangsa untuk membantu siasatan,” katanya. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading