DUA KANAK-KANAK LEMAS: LELAKI, TEMAN WANITA DIREMAN SEMINGGU
Seorang lelaki dan teman wanitanya direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kematian dua kanak-kanak yang lemas selepas kereta dinaiki mereka menggelongsor ke dalam Sungai Linggi di Tanjung Agas, Port Dickson semalam.
SEREMBAN: Seorang lelaki dan teman wanitanya direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kematian dua kanak-kanak yang lemas selepas kereta dinaiki mereka menggelongsor ke dalam Sungai Linggi di Tanjung Agas, Port Dickson semalam.
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata perintah reman terhadap lelaki tempatan berusia 46 tahun dipercayai bapa kepada dua kanak-kanak terbabit dan wanita berumur 41 tahun itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Nurul Farha Sulaiman di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
“Ia bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Alzafny berkata polis masih menjalankan siasatan untuk mengetahui motif kejadian, namun tidak mendapat kerjasama baik daripada kedua-dua individu terbabit yang ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson pada 8 malam tadi.
“Kita dapat maklumat sekarang ini bukan daripada dia (suspek) tetapi hasil daripada laporan orang ramai. Sehingga kini kita masih belum dapat mengesan motif kejadian yang masih dalam siasatan,” katanya.
Alzafny sebelum ini dilaporkan berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung sebuah kereta jenis Nissan terjatuh ke dalam sungai Tanjung Agas, Port Dickson dengan kanak-kanak lelaki dan perempuan di dalamnya, pada 11.45 pagi semalam.
Beliau berkata siasatan mendapati kanak-kanak tersebut masing-masing berumur enam dan lapan tahun yang beralamat di Shah Alam, Selangor, dipercayai lemas akibat terperangkap di dalam kenderaan.
Semalam, Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Maslan Udin dilaporkan berkata siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku semasa dua kanak-kanak serta lelaki dan wanita itu sedang berehat sambil memancing di kawasan terbabit dan secara tiba-tiba kenderaan yang berada dalam keadaan parkir menggelongsor jatuh ke dalam sungai.
Beliau berkata ketika kejadian lelaki tersebut berada di luar kereta manakala mangsa berada di dalam kenderaan bersama seorang wanita namun dia berjaya diselamatkan oleh orang ramai yang berada berdekatan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests