Bekas Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri) Dr Othman Hamzah dipilih sebagai Tokoh Maulidur Rasul Selangor sempena sambutan Maulidur Rasul 1447H peringkat negeri itu hari ini.
SHAH ALAM: Bekas Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri) Dr Othman Hamzah dipilih sebagai Tokoh Maulidur Rasul Selangor sempena sambutan Maulidur Rasul 1447H peringkat negeri itu hari ini.
Pengiktirafan itu diumumkan pada majlis yang berlangsung di Dewan Syarahan dan Muzakarah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenaan menyampaikan anugerah berkenaan kepada Othman, 60, yang turut membawa pulang wang tunai RM20,000, sijil penghargaan berserta trofi.
Terdahulu, keberangkatan tiba baginda pada 11 pagi disambut Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Datuk Salehuddin Saidin.
Othman merupakan antara individu yang memberikan sumbangan besar dalam kemajuan dan pembangunan agama Islam di Selangor sejak berkhidmat sebagai guru kontrak pada 1994.
Ketika mengumumkan perkara itu, Penolong Pengarah Seksyen Majlis dan Keraian Unit Korporat Jabatan Agama Islam Selangor Muhamad Ashriq Masri berkata Othman kini dilantik sebagai Profesor Adjung di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam di Akademi Pengajian Islam Kontemporari pada 15 Sept 2024.
“Sebanyak 80 karya ilmiah dalam bidang al-Quran, Qiraat, Hadis, Fiqh dan Maqasid Syariah berjaya dikeluarkan antaranya bertajuk Risalah Ulum al-Quran, Panduan Himpunan Qiraat Sepuluh, Hadis & Kepentingan Sanad, Panduan Haji & Umrah serta Maqasid Syar‘iyyah.
“Beliau merupakan antara tiga individu yang diiktiraf oleh Majlis Agama Islam Selangor sebagai ‘Syeikhul Maqari’ pada tahun 1992 dan turut dianugerahkan gelaran yang sama oleh kerajaan Selangor melalui surat lantikan bertarikh 28 Julai lalu,” katanya.
Muhamad Ashriq berkata kepakaran beliau dalam pelbagai bidang serta pengalamannya dalam pengurusan hal ehwal Islam telah berjaya menarik minat sektor swasta dengan kini beliau dilantik sebagai Penasihat Agama di Puncak Niaga Holdings Sdn Bhd.
Dalam pada itu, Othman ketika ditemui pemberita selepas majlis itu berkata beliau tidak menyangka hasil kerjanya dinilai dan dihargai serta memanjatkan rasa syukur kepada Allah atas anugerah yang diraihnya.
Bapa kepada tujuh anak itu turut berpesan kepada golongan muda untuk terus menuntut ilmu sehingga ke liang lahad kerana itu merupakan prinsip hidupnya, yang tidak pernah berhenti menuntut ilmu serta menyampaikannya kepada masyarakat.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests