Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA PESAWAT TERHEMPAS SELEPAS BERTEMBUNG DI UDARA

DUNIA

DUA PESAWAT TERHEMPAS SELEPAS BERTEMBUNG DI UDARA

Dua pesawat tentera yang dilapor digunakan semasa Perang Dunia ke-2 bertembung di udara, mengakibatkan kedua-duanya terhempas.

Dua pesawat bersejarah tentera bertembung dan terhempas semalam semasa pertunjukan udara Dallas. – Foto AP

Dallas, AS: Dua pesawat tentera yang dilapor digunakan semasa Perang Dunia ke-2 bertembung di udara, mengakibatkan kedua-duanya terhempas.

Insiden berlaku ketika pertunjukan udara Commemorative Air Force Wings Over Dallas di Lapangan Terbang Eksekutif Dallas, Amerika Syarikat.

Ketika ini, belum ada pengesahan tentang jumlah kematian dan kecederaan akibat kejadian ini, bagaimanapun Datuk Bandar Dallas mengesahkan tiada penonton atau individu yang menonton pertunjukan itu terkesan.

Dua pesawat terbabit, Boeing B-17 Flying Fortress dan Bell P-63 Kingcobra bertembung di udara, sebelum terhempas sekitar jam 1.20 tengah hari.

Video-video yang dirakam penonton yang menunjukkan insiden udara berkenaan menjadi tular di media sosial.

Kepulan asap dapat dilihat sebaik sahaja kedua-dua pesawat malang itu terhempas.

Lebuh raya dan akses ke lokasi kejadian ditutup untuk beberapa jam untuk tujuan siasatan dan pembersihan. – Alhijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading