Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA WANITA IRAN DILEMPAR YOGURT KERANA TIDAK BERTUDUNG

DUNIA

DUA WANITA IRAN DILEMPAR YOGURT KERANA TIDAK BERTUDUNG

Penahanan dua wanita itu berlaku ketika Ketua Badan Kehakiman Iran mengancam untuk mendakwa wanita yang tidak berhijab apabila berada di tempat awam, selaras undang-undang mandatori pemerintah.

IRAN: Seorang lelaki bertindak melempar yogurt ke arah dua wanita kerana tidak bertudung di tempat awam seperti tular videonya di media sosial.

Dua wanita tersebut kemudian diberkas kerana melanggar peraturan hijab di negara tersebut.

Kemudian lelaki tersebut ditahan kerana menganggu ketenteraman awam dan dikeluarkan waran tangkap selepas melempar yogurt ke atas kepala dua wanita itu, seorang ibu dan anak perempuannya.

Penahanan dua wanita itu berlaku ketika Ketua Badan Kehakiman Iran mengancam untuk mendakwa wanita yang tidak berhijab apabila berada di tempat awam, selaras undang-undang mandatori pemerintah.

Sejak kematian wanita Kurdi, Mahsa Amini, 22, ketika berada di bawah tahanan polis tatatertib pada September lalu, lebih ramai wanita Iran menanggalkan hijab mereka.

Kerajaan Iran bagaimanapun menyifatkan hijab sebagai ‘salah satu asas tamadun negara Iran’ dan ‘antara prinsip munasabah republik Islam’ itu dan kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan kesalahan tersebut.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading