Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TAK MAMPU BAYAR BIL RAWATAN, JEMAAH UMRAH MALAYSIA TERKANDAS DI HOSPITAL MAKKAH

DALAM NEGARA

TAK MAMPU BAYAR BIL RAWATAN, JEMAAH UMRAH MALAYSIA TERKANDAS DI HOSPITAL MAKKAH

Seorang jemaah umrah Malaysia ditahan di Hospital al-Shefa Syarif Mansour di Makkah, akibat tidak dapat melunaskan bil rawatan sepenuhnya selepas mengalami sesak nafas sehari sebelum berangkat pulang ke tanah air.

KUALA LUMPUR: Seorang jemaah umrah Malaysia ditahan di Hospital al-Shefa Syarif Mansour di Makkah, akibat tidak dapat melunaskan bil rawatan sepenuhnya selepas mengalami sesak nafas sehari sebelum berangkat pulang ke tanah air.

Anak jemaah tersebut, Muhamad Amirul Haziq dalam hantaran di Facebooknya berkata, bapanya Kamis Ahmad dimasukkan ke hospital pada 13 Mac lalu dan terpaksa ditidurkan selama lapan hari.

Kemudian bapanya telah sedar pada 22 Mac 2023 dan kembali stabil tetapi masih perlu bergantung dengan bantuan oksigen.

“Kesihatan ayah semakin hari bertambah baik cumanya pergerakan tangan dan kaki sangatlah terbatas. Ayah masih perlukan seseorang untuk bantu dia menguruskan diri.

“Pada 27 Mac 2023, doktor telah mengesahkan ayah telah stabil dan tidak memerlukan lagi alat bantuan oksigen dan dibenarkan untuk discaj dan pulang pada bila-bila masa,” katanya.

Muhammad Amirul bagaimanapun memaklumkan bapanya masih terkandas di hospital disebabkan kos rawatan belum dijelaskan sepenuhnya.

Kata Muhammad Amirul bapanya ada mengambil pelan insurans tambahan daripada pihak al-Khairi Care yang membolehkan rawatan ditanggung sehingga 15,000 Saudi Riyal (SAR).

“Pada 28 Mac 2023, pihak hospital telah memberi kami satu salinan bil rawatan ayah daripada hari pertama sehingga 27 Mac 2023 berjumlah SAR127,250. Jumlah ini telah melebihi had yang ditanggung oleh al-Khairi Care,” katanya.

Ujarnya syarikat agensi pelancongan ketika ini sedang berusaha berurusan dengan pihak hospital dan insurans bagi mendapatkan kelulusan penuh untuk menampung perbelanjaan rawatan tersebut.

Muhammad Amirul berkata, keluarganya terpaksa mencari cara lain sebagai persediaan awal sekiranya bil hospital ayahnya tidak dapat diselesaikan menggunakan insurans.

“Sehingga setakat ini, bil hospital ayah yang perlu kami bayar adalah sebanyak SAR127,250. Pihak al-Khairi Care akan bayar sebanyak SAR15,000.

“Jadi bakinya SAR112,250 perlu dilunaskan sendiri oleh waris. Anggaran nilai tersebut kepada Ringgit Malaysia (RM) ialah RM136,945. Baki akhir ini tidak termasuk lagi bil ayah di wad biasa pada 28 Mac 2023 hingga ke hari ini,” katanya.

Muhammad Amirul memohon jasa baik orang ramai untuk meringankan beban keluarganya dalam menyelesaikan kos rawatan supaya bapanya dapat segera pulang untuk mendapatkan rawatan selanjutnya di Malaysia.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading