PERLAKSANAAN Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bakal
mengubah landskap dan merangsang pertumbuhan ekonomi dengan membawa pelbagai
limpahan manfaat kepada negara.
Inisiatif pengangkutan awam itu, yang meliputi jarak
sepanjang 640 kilometer bakal memberi impak besar kepada negeri terlibat iaitu
Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Putrajaya
dan Selangor.
Jajaran baharu itu yang dijangka siap pada Disember 2026,
akan melalui 20 stesen dari Kota Bahru ke Kuala Terengganu, Kuantan, Mentakab
dan melalui Jelebu, Bangi/Kajang, Putrajaya Sentral dan ke Pelabuhan Klang.
Ia turut memanfaatkan KLIA Express Rail Link (ERL) sedia ada
serta MRT2 SSP Line yang akan dilaksanakan, dengan stesen pertukaran di
Putrajaya Sentral.
Kerajaan memutuskan untuk meneruskan pembangunan ECRL selepas
kosnya dapat dikurangkan kepada RM68.7 juta setiap kilometer berbanding RM95.5
juta setiap kilometer di bawah perjanjian asal.
Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan
Ekonomi, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Dr Nazli Aziz berkata, projek
ECRL boleh merangsang proses urbanisasi terutamanya di kawasan yang terlibat
dengan pembinaan stesen kereta api.
Berikutan itu, katanya, penduduk setempat bakal menikmati
pembangunan banyak infrastruktur dan fasiliti baharu yang menjadi asas kepada
pertumbuhan bandar-bandar baharu.
Beliau berkata, pembangunan itu akan membuka peluang dan
ruang untuk industri pelancongan kerana orang ramai mempunyai pilihan
pengangkutan yang lebih pantas dan mudah untuk sampai ke destinasi-destinasi
pelancongan di Pantai Timur.
“Apabila ada proses urbanisasi, bilangan pelancong akan
bertambah. Ini juga boleh mencipta peluang pekerjaan baharu kepada penduduk
setempat terutamanya dalam konteks pembangunan keusahawanan,” katanya.
Nazli berpendapat, jajaran kereta api laju itu juga dapat
membantu mengimbangi pembangunan antara Pantai Barat dengan Pantai Timur
Semenanjung Malaysia.
Pada masa ini, katanya, tumpuan pembangunan lebih banyak
berlaku di Pantai Barat dan pelaksanaan ECRL boleh membantu memperluaskan lagi
pembangunan di kawasan Pantai Timur.
“Selain itu, ECRL juga pastinya memudahkan pergerakan
penduduk setempat dari satu destinasi ke destinasi yang lain,” katanya.
Sambil menyambut baik langkah kerajaan meneruskan projek mega
itu, Nazli berkata jajaran ECRL di Terengganu boleh membantu mengurangkan harga
barangan terutamanya makanan di negeri itu.
Ini kerana pengangkutan barangan secara pukal dengan
menggunakan kereta api adalah lebih murah berbanding kapal terbang dan lori.
Menurutnya barang-barang makanan terutamanya produk makanan
siap di Terengganu adalah lebih mahal berbanding di Kelantan atau Pahang.
“Selama ini, Terengganu bergantung kepada kaedah pengangkutan
konvensional iaitu lori untuk membawa masuk produk makanan sedangkan di
Kelantan, ada kemudahan kereta api manakala di Pahang, terdapat kemudahan
pelabuhan,” jelasnya.
Sekiranya laluan kereta api siap dibina di negeri itu, beliau
percaya isu harga makanan mahal di Terengganu boleh diatasi dan seterusnya
membantu meningkatkan kesejahteraan kehidupan penduduk setempat.
Pengerusi Persatuan Pembatik Melayu Pantai Timur,
Kamarozzaman Mohd Salleh pula berkata, ECRL sememangnya dinantikan kalangan
usahawan dan ia dilihat boleh memudahkan urusan perniagaan mereka yang kerap
berulang alik dari Kelantan dan Terengganu ke Kuala Lumpur.
“Kami sangat menyokong pembinaan ECRL… ia bagus untuk orang
berniaga macam kami,” katanya.
Turut menanti limpahan manfaat ECRL adalah pengusaha keropok
lekor di Kuala Terengganu, Mohd Pozi Hassan yang menjangka lebih ramai
pelancong akan datang ke Terengganu.
“Kedatangan pelancong ke Terengganu dijangka meningkat, dan hal
ini pastinya memberi lebih keuntungan kepada peniaga makanan,” katanya.
Ketua Penganalisis Ekonomi Bank Islam Malaysia Berhad, Mohd
Afzanizam Abdul Rashid pula berkata, perjanjian baharu ECRL antara lain
menyaksikan penyertaan tempatan dinaikkan daripada 30 peratus kepada 40
peratus.
Beliau berkata, perkara itu akan memberi impak positif kepada
sektor pembinaan, pembuatan dan perkhidmatan tempatan.
“Ini bermakna kerja-kerja pembinaan bernilai RM17.6 bilion
yang berkaitan dengan ECRL akan ditawarkan kepada kontraktor tempatan.
“Selain itu, akan ada permintaan bagi bahan binaan seperti
besi, simen, batu-batuan selain perkhidmatan profesional dan kemahiran daripada
tenaga tempatan seperti jurutera, arkitek, jurubina dan juruukur bahan,”
katanya.
Dari sudut jangka panjang pula, Mohd Afzanizam berkata,
Malaysia akan terlibat secara langsung dalam rantaian projek mega ‘Belt and
Road Initiative’ (BRI) China yang melibatkan pelabuhan di Kuantan dan Klang.
Ini akan membawa kepada permintaan tinggi terhadap tenaga
buruh mahir tempatan terutamanya yang berkaitan dengan industri kereta api.
“Kita sedia maklum bahawa Malaysia mempunyai banyak pusat
teknikal dan politeknik yang mampu menyediakan pekerja mahir tempatan untuk
industri kereta api,” katanya.
Sinar Harian yang memetik laporan Bernama menyebutkan kehadiran
lebih ramai pekerja akan membuka peluang kepada ekonomi bersaiz sederhana dan
kecil selain meningkatkan lagi permintaan bagi makanan, rumah, kedai runcit dan
pengangkutan di negeri-negeri yang bakal mempunyai jajaran ECRL.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager