Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

Pelantikan Exco Johor baharu pagi ini

DALAM NEGARA

Pelantikan Exco Johor baharu pagi ini

ntara lapan ADUN memasuki pekarangan Istana Bukit Serene, di sini, termasuk Menteri Besar Johor, Dr Sahruddin Jamal, pagi ini. – Foto Raja Jaafar Raja Ali

JOHOR BAHRU, 22 April – Majlis pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor dijangka berlangsung di Istana Bukit Serene pagi ini.

Sehingga jam 8.40 pagi tadi tujuh Exco lama telah memasuki pekarangan Istana Bukit Serene termasuk Menteri Besar, Dr Sahruddin Jamal.

ADUN Jementah, Tan Chen Choon yang sebelum ini dikhabarkan bakal dilantik sebagai Exco dalam pentadbiran baharu kelihatan tiba di pintu masuk Istana Bukit Serene.

Meskipun beliau tidak menurunkan cermin tingkap kereta namun ada rakan media yang dapat mengecam wajah ADUN DAP itu.

Dua lagi kenderaan yang membawa ADUN dipercayai daripada Bersatu turut enggan membuka cermin tingkap untuk dirakam gambar oleh pihak media.

Sinar Harian melaporkan setakat ini, kelibat dua Exco iaitu Tan Hong Ping dan Mazlan Bujang yang dikhabarkan digugurkan daripada barisan Exco baharu tidak kelihatan.

Dr Sahruddin dijangka mengadakan sidang media di pejabatnya tengah hari ini selepas majlis pelantikan barisan Exco baharu.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading