KUALA LUMPUR – Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Prihatin Malaysia menggesa kerajaan meneruskan pendirian dan tidak tunduk kepada desakan India untuk mengekstradisi pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik ke negara itu bagi menghadapi perbicaraan mahkamah berhubung dakwaan pengubahan wang haram.
Wakil gabungan tersebut, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, pihaknya
menyokong pendirian kerajaan seperti yang dinyatakan oleh Perdana
Menteri, Tun Dr Mahatir Mohamad.
“Kami bukan mempersoalkan sistem perundangan India tetapi apa yang kami persoalkan adalah sistem perbicaraan yang didakwa akan dijalankan ke atas Zakir sebagai tidak adil berdasarkan kepada sikap negara itu dan media arus perdana di sana menanamkan prejudis terhadap beliau.
“Dengan niat itu, ekstradisi yang dituntut oleh kerajaan India hanyalah untuk menahan beliau bertahun-tahun dan kemudian baharu akan dibicarakan,” katanya pada sidang media Kempen Say No to India Extradition di Dewan Majlis Perundingan Melayu hari ini.
Isnin lalu, Dr Mahathir membandingkan status Zakir dengan permohonan Malaysia terhadap Australia berkenaan ekstradisi Sirul Azhar Umar yang disabitkan atas kesalahan bunuh.
Jelasnya, sebelum menerima permohonan ekstradisi daripada pemerintah India, kerajaan Malaysia perlu mengetahui apa yang berlaku kepada individu berkenaan.
Namun begitu, kelmarin media melaporkan Kementerian Luar India menegaskan akan meneruskan usaha mengekstradisi Zakir.
Menurutnya, negara itu mempunyai urusan ekstradisi dengan banyak
negara pada masa lalu yang berjaya dan keadilan sistem kehakiman India
tidak pernah dipersoalkan.
Mengulas lanjut, Mohd Azmi berkata, kerajaan India cuba mendakwa Zakir dengan tuduhan untuk mengaitkan beliau dengan pelanggaran undang-undang negara itu dan mengalihkan dakwaan menghasut keganasan kepada pengubahan wang haram.
“Kami menganggap tuduhan ini sebagai naratif untuk menghubungkan Zakir dengan aktiviti pengganas yang sememangnya ditolak tegas oleh pendakwah antarabangsa itu. Dalam hal ini, pihak berkuasa India sendiri telah gagal menghasilkan bukti untuk menghukumnya.
“Prejudis terhadap Zakir dan orang Islam telah menjadi motif dasar bagi mendakwa beliau dengan niat untuk membendung pengaruh besarnya di India serta dunia Islam. Pihak berkuasa India terlibat dalam agenda Islamophobia dan menjadikan Zakir sebagai tokoh sasaran utama bagi menanam kebencian,” katanya.
Katanya lagi, pihaknya juga kesal dengan tindakan India yang sanggup berusaha sebanyak dua kali bagi menyenaraikan Zakir dalam senarai merah Interpol.
“Jelas dua percubaan itu gagal dan memalukan kerana tidak mempunyai bukti kukuh. Maka mengapa kerajaan India bersungguh-sungguh meneruskan usaha menahan beliau?
“Tuduhan bahawa Zakir adalah pembawa ideologi kontroversi menggambarkan kejahilan kerajaan itu. Tidak ada bukti bahawa beliau menyebarkan ekstremis dan radikal dalam ucapannya,” katanya.
Mohd Azmi berkata, beberapa pendekatan sedang dijalankan melalui kempen yang telah digerakkan gabungan NGO itu seperti petisyen dalam talian supaya kerajaan Malaysia tidak tunduk kepada desakan India, penjelasan berkaitan isu Zakir di masjid, menyediakan maklumat berkaitan kronologi kes dan bertemu dengan Dr Mahathir sendiri bagi membincangkan isu itu.
“Petisyen dalam talian kita telah mulakan petang semalam dan setakat hari ini kita telah mengumpul hampir 500 tandatangan. Sasaran kita adalah untuk mendapatkan sejuta sokongan rakyat Malaysia,” katanya. – SINAR HARIAN
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.