Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

EL NINO: AL-SULTAN ABDULLAH TINJAU SUNGAI PAHANG, TITAH ADAKAN SOLAT HAJAT

DALAM NEGARA

EL NINO: AL-SULTAN ABDULLAH TINJAU SUNGAI PAHANG, TITAH ADAKAN SOLAT HAJAT

KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan meninjau Sungai Pahang yang dilaporkan surut akibat fenomena El Nino.

KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan meninjau Sungai Pahang yang dilaporkan surut akibat fenomena El Nino.

Kesultanan Pahang menerusi hantaran terbaru di laman Facebook memaklumkan baginda melakukan tinjauan udara itu ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan. 

“Keprihatinan Sultan Pahang terhadap rakyat jelata tidak perlu disangkal kerana keselesaan rakyat adalah keutamaan bagi baginda. Dalam kesibukan tugasan rasmi, baginda mengambil kesempatan meninjau paras air Sungai Pahang yang dilaporkan surut akibat fenomena El Nino,” menurut hantaran itu.

Menurut hantaran itu, Al-Sultan Abdullah sebelum ini menitahkan agar solat hajat dilaksanakan di semua masjid dan surau di Pahang bermula 23 Mac.

Berikutan itu, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) telah melaksanakan solat hajat khas selepas solat isyak sebelum solat tarawih bagi sama-sama mendoakan agar Allah SWT menurunkan hujan dan paras air sungai kembali normal.

Laman web Jabatan Meteorologi melaporkan daerah Rompin, Jerantut, Temerloh, Maran, Bera dan Raub merekodkan status cuaca panas tahap 1 iaitu berjaga-jaga setakat 4.30 petang semalam. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading