Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

HINA AGAMA ISLAM: PELAKU BIADAP PERLU DIHUKUM, ELAK INSIDEN BERULANG

DALAM NEGARA

HINA AGAMA ISLAM: PELAKU BIADAP PERLU DIHUKUM, ELAK INSIDEN BERULANG

KUALA LUMPUR: Seorang individu yang telah membuat satu hantaran video di media sosial menghina Islam, Raja-Raja Melayu dan memainkan sentimen perkauman perlu dikenakan hukuman yang tegas.

Pengerusi Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM), Datuk Hasanuddin Mohd Yunus berkata, ia bagi mengelak tindakan biadap itu menjadi perkara yang berulang.

“Dengan mencaci maki Nabi Muhammad, Sultan Selangor, Mufti-Mufti, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, ia sewajarnya dikenakan hukuman bagi mengelak insiden ini berulang.

“Pelaku hantaran biadap tersebut walaupun dipercayai berada di luar negara, namun menjadi tanggungjawab MAIM selaku badan bersama YADIM untuk membuat laporan polis sebagai salah satu usaha memelihara kesucian Islam dan melestari gerakan dakwah di negara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya MAIM juga telah mengarahkan ahli-ahlinya di seluruh negara untuk membuat laporan polis bermula hari ini terhadap insiden tersebut.

MAIM selaku sebuah platform gabungan, permuafakatan dan kerjasama antara YADIM bersama badan bukan kerajaan Islam yang lain komited untuk mempromosikan keharmonian antara agama menerusi pelbagai pendekatan akademik dan turun padang menyantuni masyarakat.

Melalui kerjasama dengan YADIM, program menyantuni masyarakat berbilang kaum sentiasa diatur dan dilaksanakan sepanjang masa bagi mempromosi keharmonian antara semua kaum di negara ini.

Tambahnya, Malaysia seharusnya mengambil pengajaran daripada beberapa tragedi rusuhan kaum yang berlaku sebelum ini serta insiden-insiden rusuhan di luar negara akibat sentiment agama dan perkauman yang menjadi permainan.

Sebelum ini tular video seorang lelaki menghina titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin berkaitan campur tangan bukan muslim terhadap isu-isu Islam.

Lelaki sama turut mengeluarkan beberapa kenyataan berunsur perkauman dan keagamaan. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading