EMPAT LELAKI DITAHAN, BUNGA GANJA BERNILAI RM3.72 JUTA DIRAMPAS
Polis Pulau Pinang menahan empat lelaki dan merampas 112.1 kilogram (kg) bunga ganja bernilai RM3.72 juta dalam dua serbuan di Bukit Mertajam.
Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata kesemua suspek termasuk seorang warga Vietnam yang ditahan dalam operasi bermula 10 pagi Selasa hingga 3 pagi Rabu itu berusia 31 hingga 39 tahun.
GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang menahan empat lelaki dan merampas 112.1 kilogram (kg) bunga ganja bernilai RM3.72 juta dalam dua serbuan di Bukit Mertajam.
Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata kesemua suspek termasuk seorang warga Vietnam yang ditahan dalam operasi bermula 10 pagi Selasa hingga 3 pagi Rabu itu berusia 31 hingga 39 tahun.
“Dalam serbuan pertama, polis menahan dua lelaki di sebuah bilik hotel dan seorang lagi suspek di lobi hotel yang berperanan sebagai ‘penghantar’ dengan pemeriksaan menemukan 9,232 gram (g) ganja serta 4,238g bunga ganja di dalam sebuah beg kanvas.
“Polis kemudiannya menahan lelaki Vietnam di Seberang Jaya yang membawa kepada serbuan di sebuah inap desa di kawasan sama yang dijadikan stor penyimpanan dadah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini hari ini.
Mohd Alwi berkata pemeriksaan di rumah itu menemukan 105 bungkusan bunga ganja seberat 97.7kg dan siasatan mendapati sindiket berkenaan menyewa inap desa jenis kondominium itu sejak minggu lepas.
Beliau berkata sindiket itu dipercayai mendapatkan bekalan bunga ganja daripada rangkaian sindiket dadah antarabangsa di negara jiran sebelum menyeludup masuk ke negara ini menggunakan jalan darat untuk diedarkan ke sekitar negeri ini serta Kuala Lumpur.
Mohd Alwi berkata hasil risikan mendapati sindiket berkenaan mula aktif sejak Mac lepas dan polis sedang giat mengesan dalang utama dengan kesemua dadah dirampas itu boleh digunakan kira-kira 230,000 penagih.
“Polis turut menyita wang tunai RM1,300 dan tiga kenderaan iaitu Toyota Alphard, Honda City serta motosikal Yamaha Y16ZR yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM199,300.
“Tiga lelaki tempatan yang ditahan itu positif dadah dan mereka mempunyai tujuh hingga 13 rekod lampau berkaitan jenayah serta dadah,” katanya dan memaklumkan kesemua mereka direman tujuh hari hingga 29 Julai bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager