EMPAT SEKELUARGA ISLAM MAUT DILANGGAR DIPERCAYAI MANGSA JENAYAH ANTI-ISLAM

ONTARIO, KANADA: Empat sekeluarga muslim yang maut selepas dilanggar sebuah trak di Kanada pada Ahad dipercayai menjadi mangsa jenayah anti-Islam.

Polis Kanada memaklumkan suspek, Nathaniel Veltman, 20, berjaya ditahan pada hari sama insiden dan telah didakwa dengan empat pertuduhan pembunuhan dan satu tuduhan cubaan membunuh.

Pihak polis memaklumkan keluarga mangsa telah meminta agar nama mangsa yang terlibat tidak didedahkan.

Dalam kejadian bunuh tersebut seorang wanita berusia 74 tahun meninggal dunia di tempat kejadian manakala tiga lagi mangsa masing-masing berusia 46,44, dan 15 tahun meninggal dunia di hospital.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun dilaporkan selamat namun masih dirawat di hospital akibat kecederaan teruk.

Serangan terhadap umat Islam di Kanada itu disifatkan terburuk sejak insiden seorang lelaki menembak mati enam orang di Masjid Quebec, Kanada pada 2017. — AlHijrah Online

Leave a Reply