More in UTAMA
-
DALAM NEGARA
‘KURMA DARI ISRAEL’ BAWA TV ALHIJRAH RANGKUL ANUGERAH LAPORAN KHAS BERITA TV TERBAIK #ASA2026
Laporan berkenaan mendedahkan penjualan kurma dari Israel secara terang-terangan di pasaran tempatan, malah lebih mengecewakan apabila...
-
DALAM NEGARA
DISKAUN 30 PERATUS TIKET EKONOMI ECRL BERSEMPENA DENGAN PEMBUKAAN – LOKE
Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) akan menawarkan diskaun 30 peratus bagi tiket kelas ekonomi Laluan...
-
DALAM NEGARA
MAKAN BANGKAI AYAM: “TAKUT HATI JADI HITAM, DARAH DAGING TUMBUH DARI SUMBER HARAM” – PU AMIN
Rakyat Malaysia khususnya umat Islam perlu berhati-hati dalam memilih sumber makanan susulan isu bangkai ayam yang...
-
DALAM NEGARA
KANAK-KANAK TUJUH TAHUN MENINGGAL DUNIA ALAMI KESUKARAN BERNAFAS
Ketua Polis Daerah Sepang ACP Norhizam Bahaman berkata mangsa dilaporkan mengalami kesukaran bernafas ketika berada di...
-
DALAM NEGARA
JAKIM SIASAT SYARIKAT PROSES AYAM TANPA SIJIL HALAL
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang menjalankan siasatan menyeluruh berhubung isu ayam yang tular membabitkan sebuah...

KUALA LUMPUR, 3 Jun – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menjangkakan sejuta orang akan menghadiri acara “KenDurian” sempena Fiesta Durian 2016 selama tiga hari bermula 29 Julai ini.
Pengerusi FAMA Tan Sri Badruddin Amiruldin berkata acara itu akan berlangsung serentak di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng di Perak, perkarangan Masjid daerah Barat Daya, Balik Pulau di Pulau Pinang dan Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
“Pengunjung berpeluang membeli pelbagai jenis durian sepanjang tiga hari itu seperti Musang King, durian kampung dan durian klon,” katanya pada sidang media di Menara Kuala Lumpur di sini, hari ini. Selain itu, FAMA akan mengadakan pelbagai aktiviti seperti Kembara Durian Antarabangsa Malaysia, Durian Fun Run, Konvensyen Durian Asia, Durian Cyclethon dan Durian Master Chef.
“Kita mahu buah durian bukan setakat dimakan tetapi dijadikan sebagai aktiviti hiburan yang mempunyai kelasnya tersendiri selain menjadi pilihan bertaraf korporat,” katanya.
Badruddin berkata acara kemuncak ‘The Longest Durian Crepe’ sepanjang 500 meter, yang bakal disenaraikan di dalam Malaysia Book of Records, akan diadakan di Balik Pulau. Sementara itu, Fiesta Durian akan diadakan di seluruh negara bermula 1 Julai hingga akhir September ini bagi mempromosikan produk buah-buahan tempatan termasuk manggis dan rambutan kepada pengemarnya selain menarik minat pelancong asing.
FAMA menyediakan 3,500 tan durian sepanjang fiesta itu dengan anggaran nilai belian RM20 juta.
BERNAMA