More in UTAMA
-
DALAM NEGARA
‘KURMA DARI ISRAEL’ BAWA TV ALHIJRAH RANGKUL ANUGERAH LAPORAN KHAS BERITA TV TERBAIK #ASA2026
Laporan berkenaan mendedahkan penjualan kurma dari Israel secara terang-terangan di pasaran tempatan, malah lebih mengecewakan apabila...
-
DALAM NEGARA
DISKAUN 30 PERATUS TIKET EKONOMI ECRL BERSEMPENA DENGAN PEMBUKAAN – LOKE
Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) akan menawarkan diskaun 30 peratus bagi tiket kelas ekonomi Laluan...
-
DALAM NEGARA
MAKAN BANGKAI AYAM: “TAKUT HATI JADI HITAM, DARAH DAGING TUMBUH DARI SUMBER HARAM” – PU AMIN
Rakyat Malaysia khususnya umat Islam perlu berhati-hati dalam memilih sumber makanan susulan isu bangkai ayam yang...
-
DALAM NEGARA
KANAK-KANAK TUJUH TAHUN MENINGGAL DUNIA ALAMI KESUKARAN BERNAFAS
Ketua Polis Daerah Sepang ACP Norhizam Bahaman berkata mangsa dilaporkan mengalami kesukaran bernafas ketika berada di...
-
DALAM NEGARA
JAKIM SIASAT SYARIKAT PROSES AYAM TANPA SIJIL HALAL
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang menjalankan siasatan menyeluruh berhubung isu ayam yang tular membabitkan sebuah...

KUALA LUMPUR, 3 Jun – Polis mengambil keterangan beberapa individu bagi membantu siasatan berhubung kematian menantu timbalan perdana menteri, Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi yang meninggal dunia kelmarin susulan rawatan gigi di Bangsar.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata polis merakam percakapan mereka yang terdiri daripada kakitangan klinik gigi itu dan individu lain.
“Punca kematian masih belum dikenal pasti dan polis masih dalam proses mendapatkan laporan bedah siasat daripada hospital,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Amar Singh berkata kes disiasat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian.
Syed Alman Zain, 44, merupakan suami kepada anak sulung Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurulhidayah, 37. Allahyarham dilaporkan pergi ke klinik bersama seorang rakan pada kira-kira 6 petang Rabu untuk mendapatkan rawatan gigi sebelum tidak sedarkan diri. Menurut seorang anggota keluarga, Allahyarham kemudian dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya dan disahkan meninggal dunia.
BERNAMA