More in UTAMA
-
DUNIA
KAPAL TANGKI MINYAK MELETUP DI SELAT HORMUZ SELEPAS TERLANGGAR PERIUK API
Tentera Laut Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) melaporkan beberapa kapal tangki minyak yang "melanggar peraturan"...
-
DALAM NEGARA
BELANJAWAN 2027 TIDAK “JEREBU”, MANFAAT MESTI SAMPAI KEPADA RAKYAT – PERDANA MENTERI
“Belanjawan tak jerebu...masalahnya tak baca. Kalau baca, jelas angka dan datanya,” Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...
-
DALAM NEGARA
JPM HAL EHWAL AGAMA TELITI STATUS 288 INDIVIDU DIKAITKAN DENGAN AHMADIYAH QADIANI
JPM Hal Ehwal Agama sedang mendapatkan maklumat terkini mengenai penahanan 288 individu yang dikaitkan dengan jemaah...
-
DALAM NEGARA
KERAJAAN TERUS BAYAR HUTANG LAMA TERMASUK 1MDB, KURANGKAN PINJAMAN BAHARU – PERDANA MENTERI
Menurut Kementerian Kewangan (MoF), kerajaan telah membayar sebanyak RM42.5 bilion setakat 31 Ogos 2026 bagi memenuhi...
-
DALAM NEGARA
TAMBANG ECRL SERENDAH RM125, TIKET MULA DIJUAL PERTENGAHAN NOVEMBER
Tambang ECRL Gombak–Kota Bharu bermula RM125 sehala, manakala tiket mula dijual pertengahan November 2026. Diskaun sehingga...

SABAK BERNAM, 3 Jun – Orang ramai diminta melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat pihak tertentu yang menggunakan masjid dan surau untuk menyampaikan ceramah politik sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata ia bagi memastikan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya pihak masjid dan surau tidak menjadikan tazkirah sepanjang Ramadan sebagai ceramah politik, dipatuhi semua pihak.
“Sepanjang tempoh kempen dalam bulan Ramadan ini, tidak bolehlah guna masjid dan surau untuk berkempen, semua pihak perlu patuhi titah Sultan Selangor termasuk juga UMNO,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Karnival Usahawan Sungai Besar di sini, hari ini.
Majlis berkenaan dirasmikan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Noh berkata penceramah dan pendakwah yang tidak mempunyai tauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) juga tidak sepatutnya dibenarkan untuk menyampaikan tazkirah.
Sultan Selangor baru-baru ini mengingatkan semua masjid dan surau di negeri ini supaya tidak menjadikan tazkirah sepanjang Ramadan sebagai ceramah politik serta mengambil imam luar untuk solat tarawih. Peringatan itu disampaikan baginda kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim.
Haris yang dipetik sebuah akhbar berkata baginda melarang isi kandungan tazkirah menyentuh isu-isu sensitif yang menyinggung pihak-pihak tertentu kerana perbuatan sedemikian boleh menimbulkan rasa tidak senang hati serta perpecahan dalam masyarakat.
PRK Sungai Besar diadakan berikutan kematian penyandangnya yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil itu diadakan pada 18 Jun, manakala penamaan calon ditetapkan pada Ahad ini.
BERNAMA