More in UTAMA
-
DALAM NEGARA
SEKOLAH DI SELANGOR, NEGERI SEMBILAN, MELAKA, PAHANG DAN PULAU PINANG KEMBALI DIBUKA ESOK
Institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Pulau Pinang...
-
DALAM NEGARA
MOF NAFI DAKWAAN CAJ PERKHIDMATAN QR BERMULA 1 NOVEMBER
Kementerian Kewangan (MOF) menafikan dakwaan caj perkhidmatan QR akan dikenakan mulai 1 November 2026 dan mengesahkan...
-
DALAM NEGARA
JAIS BERTINDAK IKUT LUNAS UNDANG-UNDANG, TIADA KAITAN ISU “PERANGKAP” – MAIS
Bila dikatakan seolah-olah jabatan agama terlibat dalam manipulasi dan sebagainya, ini tidak benar sama sekali. Kami...
-
DALAM NEGARA
MAINAN ‘SQUISHY’: RISIKO TERCEKIK, IBU BAPA PERLU LEBIH BERHATI-HATI
Kanak-kanak bawah tiga tahun khususnya tidak sepatutnya diberikan mainan berkenaan sekiranya keselamatan produk tidak dapat dipastikan,...
-
DALAM NEGARA
LELAKI DIREMAN EMPAT HARI, BANTU SIASATAN KES KHIANAT MASJID DI TUMPAT
Cecair berkenaan dipercayai mengandungi campuran najis binatang, bulu, serpihan tulang serta ulat.

KUALA LUMPUR, 3 Jun – Malaysian Relief Agency (MRA) menyasarkan RM700,000 bagi mengisi dana bantuan kemanusian rakyat di Yaman untuk menyambut Ramadan yang bakal menjelang.
Timbalan Presidennya Khairil Annuar Khalid berkata keperluan asas seperti makanan dan bekalan air bersih amat diperlukan penduduk di negara yang sedang bergolak itu untuk menjalani ibadah puasa.
“Setakat ini kita dapat mengumpulkan RM150,000. Dana yang diperolehi akan digunakan untuk membeli makanan asas seperti tepung, beras, minyak dan bekalan air bersih. “Bantuan yang disalurkan akan diagihkan ke wilayah yang terjejas mengikut keperluan,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Beliau berkata sumbangan yang diperolehi juga akan digunakan untuk menampung keperluan asas lain seperti ubat-ubatan dan juga peralatan perubatan. Khairil berkata selain dari Yaman, barang keperluan akan dibawa masuk dari Djibouti dan Oman melalui kerjasama Malaysia dengan badan bukan kerajaan di Yaman.
Sebelum ini, MRA telah menyalurkan lebih daripada 5,000 pek makanan kepada penduduk di wilayah yang bergolak di Yaman iaitu di Sana’a, Aden, Taiz, Hajjah dan Turbah.
BERNAMA