Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

GAJAH NAIK MINYAK DI GERIK, LIMA INDIVIDU NYARIS MAUT

DALAM NEGARA

GAJAH NAIK MINYAK DI GERIK, LIMA INDIVIDU NYARIS MAUT

GERIK: Lima individu nyaris maut selepas seekor gajah naik minyak dan bertindak memijak kenderaan yang dinaiki mereka.

Kelima-lima mangsa dilaporkan sempat keluar dan berjaya menyelamatkan diri.

Kejadian berlaku di Jalan Raya Timur-Barat dekat Gerik kira-kira jam tujuh malam semalam dan insiden itu dipercayai akibat gajah berkenaan terkejut selepas sebuah kenderaan lain membunyikan hon.

Kejutan hon itu menyebabkan mamalia itu bangun sebelum mengamuk dan memijak kereta mereka.

Ketua Polis Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood mengesahkan kejadian tersebut.

Dalam pada itu, Pengarah Perhilitan Perak, Yusof Sharif berkata pihakya akan melakukan siasatan lanjut dan beliau menasihatkan pemandu supaya bersabar dan tidak memasang lampu tinggi ketika melalui kawasan berkenaan pada waktu malam. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading