Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

GEMPA BUMI MAGHRIBI: MENTERI AGAMA UCAP TAKZIAH, TITIP DOA BUAT MANGSA

DALAM NEGARA

GEMPA BUMI MAGHRIBI: MENTERI AGAMA UCAP TAKZIAH, TITIP DOA BUAT MANGSA

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Maghribi yang terkesan gempa bumi kuat Jumaat lalu.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar. – Bernama

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Maghribi yang terkesan gempa bumi kuat Jumaat lalu.

Mohd Na’im turut menitipkan doa buat mangsa dan waris mangsa tragedi dasyat yang telah mengorbankan lebih 2,000 kematian dan ribuan orang cedera.

“Ingatan dan doa saya bersama mereka yang kehilangan orang tersayang dalam tempoh sukar ini dan kami berharap mereka yang cedera cepat sembuh.

“Semoga rahmat Allah SWT bersama mereka yang terjejas dalam tragedi itu serta semua yang terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat sekaligus diberikan limpahan ganjaran atas kesabaran mereka,” katanya dalam catatan di Facebook.

Setakat pagi tadi, sekurang-kurangnya 2,012 orang telah terbunuh dan 2,056 cedera akibat gempa bumi kuat tersebut.

Kematian akibat gegaran berukuran 7.0 pada skala Richter berlaku di pelbagai kawasan termasuk Taroudant, Chichaoua, Tiznit, Marrakech, Azilal, Agadir, Casablanca dan Youssoufia. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading