Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WARGA EMAS MAUT DILANGGAR MOTOSIKAL KETIKA LINTAS JALAN

DALAM NEGARA

WARGA EMAS MAUT DILANGGAR MOTOSIKAL KETIKA LINTAS JALAN

Seorang lelaki warga emas maut dilanggar sebuah motosikal ketika melintas Jalan Patau-Patau, berhampiran Jambatan Sebor Saguking di sini malam tadi.

Gambar hiasan

LABUAN: Seorang lelaki warga emas maut dilanggar sebuah motosikal ketika melintas Jalan Patau-Patau, berhampiran Jambatan Sebor Saguking di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Labuan Supt Mohd Hamizi Halim berkata kejadian kira-kira 10.20 malam itu menyebabkan mangsa, Abdillah Abas, 65, yang beralamat di Kampung Gersik, di sini, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Kecemasan Hospital Labuan.

Beliau berkata kemalangan berlaku apabila motosikal jenis Yamaha Lagenda ditunggang lelaki berusia 26 tahun itu, yang juga penghantar p-hailing sedang dari arah Patau-Patau menghala ke pusat bandar telah terlanggar mangsa yang datang dari pembahagi jalan dipercayai ingin melintas jalan. 

  “Penunggang itu cedera parah dan dirawat di hospital sama manakala kemalangan sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian tampil membantu polis bagi melengkapkan siasatan. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading