Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

GUNA ALAT PELINDUNG MUKA BERSAMA PELITUP MUKA BERGANDA – KP KESIHATAN

DALAM NEGARA

GUNA ALAT PELINDUNG MUKA BERSAMA PELITUP MUKA BERGANDA – KP KESIHATAN

PUTRAJAYA: Orang ramai disarankan menggunakan alat pelindung muka (face shield) bersama pelitup muka berganda (double mask) semasa berada di tempat awam.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, penggunaan alat pelindung muka bersama pelitup muka berganda mampu memberi perlindungan sehingga 96 peratus daripada dijangkiti varian Delta yang kini dominan di dalam negara.

“Penggunaan alat pelindung muka perlu dimasukkan sebagai sebahagian daripada strategi mengurangkan penularan dalam masyarakat,” dalam ciapan Twitternya, hari ini.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka berganda digalakkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengurangkan pendedahan kepada virus COVID-19.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading