TIADA CADANGAN KERAJAAN PERPADUAN DENGAN PEMBANGKANG – ISMAIL SABRI

Sumber Gambar: ARKIB

YAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau tidak bercadang untuk mewujudkan kerajaan perpaduan dengan melibatkan parti pembangkang.

Katanya wakil pembangkang akan diberikan peranan dalam jawatankuasa Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19.

Jelasnya kerjasama kerajaan dan pembangkang tidak semestinya melibatkan jawatan dalam kabinet.

“Wakil pembangkang tidak akan menganggotai kabinet, jika mereka ikhlas nak bantu, kita ada dua jawatankuasa terbabit dan mereka boleh berikan pandangan untuk pulihkan ekonomi dan tangani COVID-19,” katanya pada sidang media selepas membuat lawatan kerja rasmi ke daerah Kuala Muda dan Yan, di sini hari ini..

Ismail Sabri mengulas, pihaknya akan berbincang dengan wakil pembangkang bagi memperincikan berkenaan kerjasama tersebut.—AlHijrah Online

Leave a Reply