Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PELANCONGAN PATUH SYARIAH FOKUS KERJASAMA JAKIM DAN ITC

DALAM NEGARA

PELANCONGAN PATUH SYARIAH FOKUS KERJASAMA JAKIM DAN ITC

PUTRAJAYA: Aktiviti pelancongan patuh syariah antara usaha yang dirancang untuk memulihkan industri pelancongan negara yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bekerjasama dengan Pusat Pelancongan Islam (ITC) di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, (MOTAC) bagi menjayakan inisiatif tersebut.

Ketua Pengarah JAKIM  Datuk Abdul Aziz Jusoh berkata inisiatif pelancongan patuh syariah bukan sahaja dapat merancakkan kembali industri pelancongan tetapi juga dapat mempromosi cara hidup Islam.

“Inisiatif ini adalah penting sebagai salah satu usaha agensi-agensi kerajaan dalam memulihkan industri pelancongan negara.

“Peluang ini bukan hanya memberi manfaat kepada pertumbuhan ekonomi bahkan dapat memperkenalkan amalan Islam di negara kita yang bersifat sederhana,” katanya semalam.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara JAKIM dengan ITC bagi bekerjasama membangunkan modul pengajian pelancongan Islam di Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah ( IPDAS).

Turut hadir pada majlis menandatangani MoU Ketua Setiausaha MOTAC, Datuk Dr Noor Zari Hamat, dan Ketua Pengarah ITC, Datuk Dr Mohmed Razip Hasan.

Menurut Noor Zari, segmen pelancongan Islam mempunyai potensi yang besar malah Malaysia telah menerima pengiktirafan sebagai destinasi pelancongan mesra muslim.

“Segmen pelancongan Islam mempunyai potensi sangat besar, dan Malaysia diiktiraf sebagai Destinasi Percutian Mesra Muslim terbaik melalui Master Card-Crescentrating Global Muslim Travel Index (GMTI) ketika pelancaran Sidang Kemuncak Global Halal in Travel 2021 pada 14 Julai lalu,” katanya. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading