Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

GUNUNG BERAPI TONGA MELETUS: TIADA ANCAMAN TSUNAMI KEPADA MALAYSIA

DALAM NEGARA

GUNUNG BERAPI TONGA MELETUS: TIADA ANCAMAN TSUNAMI KEPADA MALAYSIA

KUALA LUMPUR: Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian letusan gunung berapi dasar laut di perairan Tonga, kira-kira 12.17 tengah hari semalam.

Perkara itu disahkan Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Muhammad Helmi, hasil pemantauan berterusan daripada pihaknya.

“Pemerhatian juga dilakukan berdasarkan semakan bacaan tolok pasang surut, boya antarabangsa dan tempatan serta maklumat laman sesawang Regional Tsunami Service Providers (RTSP).

“MET Malaysia akan memaklumkan sebarang perkembangan terkini yang berkaitan dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat gempa dan amaran tsunami terkini melalui laman web http://www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi MET Malaysia serta hotline 1-300-22-1638.

Semalam, letusan gunung berapi di Pasifik Selatan mencetuskan gelombang tsunami di Tonga berdekatan utara Jepun selain amaran gelombang laut berbahaya dikeluarkan sejauh pantai barat Amerika Syarikat (AS).—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading