Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIADA ISTILAH PERAYAAN HARI AGAMA SEDUNIA – IDRIS AHMAD

DALAM NEGARA

TIADA ISTILAH PERAYAAN HARI AGAMA SEDUNIA – IDRIS AHMAD

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Idris Ahmad menegaskan tiada istilah berkenaan perayaan Hari Agama Sedunia.

Beliau dalam hantaran Facebooknya menjelaskan hanya agama Islam sahaja yang jelas dan wajib beriman dengan agama itu.

“Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. (Ali Imran 3:19),” katanya.

Dalam hantaran sama, Idris Ahmad menyeru rakyat Malaysia untuk mengukuhkan perpaduan, selain mengukuhkan keimanan agar menjadi hamba Allah yang taat.

Hari ini tular di media sosial satu hantaran poster berkenaan sambutan Hari Agama Sedunia.

Bagaimanapun, hantaran tersebut telah diturunkan selepas menerima kecaman pelbagai pihak termasuk para ilmuan agama.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading