MAHKAMAH KETEPIKAN HUKUMAN PENJARA, DENDA KEPADA REMAJA CURI TABUNG MASJID

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengenepikan hukuman penjara 10 hari dan denda RM4,000 terhadap remaja yang tular mencuri tabung masjid di Kuang, Rawang minggu lalu.

Hakim, Datuk Abd Halim Aman memutuskan perkara tersebut terhadap Daniel Iskandar, 19, selepas mendengar hujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan.

Bagaimanapun, remaja tersebut tetap dihukum dengan melakukan aktiviti khidmat masyarakat selama 120 jam bagi tempoh enam bulan.

Khamis lepas, seorang remaja yang tular dimandikan seperti jenazah, dijatuhkan hukuman penjara 10 hari dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana cuba mencuri tabung masjid di Kuang, Rawang.—AlHijrah Online

Leave a Reply