Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI CUBA BUNUH DIRI, TERJUN DARI SKY DECK MENARA KL

DALAM NEGARA

LELAKI CUBA BUNUH DIRI, TERJUN DARI SKY DECK MENARA KL

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dipercayai cuba untuk membunuh diri dengan terjun dari Sky Deck, Menara Kuala Lumpur, petang semalam.

Bagaimanapun, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, lelaki berusia lingkungan 20-an tersebut berjaya diselamatkan.

“Setibanya di lokasi, lelaki itu berdiri di hujung Sky Deck, Menara Kuala Lumpur, dipercayai cuba membunuh diri.

“Bomba berjaya menangkap mangsa dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” jelasnya dalam kenyataan di sini.

Katanya, seramai 25 pegawai dan anggota bersama tiga jentera dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat kira-kira jam 5.11 petang semalam.

Untuk rekod, kejadian cubaan bunuh diri itu dikatakan pertama kali berlaku di lokasi tersebut.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading