GURU PERLU JAGA INTEGRITI, ETIKA DALAM BILIK DARJAH DAN MEDIA SOSIAL – FADHLINA
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek memberi peringatan kepada guru agar sentiasa menjaga integriti dan mematuhi etika di bawah Standard Guru Malaysia (SGM) 2.0 dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab masing-masing.
KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek memberi peringatan kepada guru agar sentiasa menjaga integriti dan mematuhi etika di bawah Standard Guru Malaysia (SGM) 2.0 dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab masing-masing.
Beliau memberi peringatan itu susulan rakaman video tular yang menunjukkan seorang murid dimarahi guru di sebuah kantin sekolah.
Fadhlina berkata kementeriannya sedang menjalankan siasatan berhubung perkara itu dan beliau mengambil tanggungjawab sepenuhnya untuk memberi tumpuan kepada isu ini supaya pihaknya dapat mengingatkan tentang integriti dan etika guru dari masa ke semasa.
“Kita sudah ingatkan perkara itu berkali-kali, sudah ada garis panduannya. Mereka sebagai penjawat awam mesti mematuhi etika dan integriti sedia ada, sebab itu saya kata perkara ini mesti sentiasa diperingatkan dari semasa ke semasa.
“Apa pun isunya, saya yakin dan percaya bahawa ada ruang yang lebih selamat…ruang yang lebih bersifat privasi untuk memastikan apa sahaja perbincangan dan isu dapat kita selesaikan secara baik,” katanya ketika ditanya tentang rakaman video tular itu.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran dan Simbolik Penyerahan Koleksi Komik Wira Anti Rasuah terbitan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Institut Terjemahan & Buku Malaysia di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini hari ini.
Fadhlina berkata beliau telah amanahkan Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Azman Adnan untuk melihat perkara berkenaan dan sentiasa mengingatkan guru tentang integriti serta etika mereka sama ada di dalam mahupun di luar kelas serta di media sosial.
“Saya amat kesal dengan perkara yang berlaku kerana apabila video itu ditularkan, rakaman tersebut memberi impak besar,” katanya.
Semalam rakaman video berdurasi 2.32 minit tular dalam media sosial menunjukkan seorang murid menangis teresak-esak semasa memberi penjelasan kepada guru yang sedang memarahinya di kantin sekolah dan kejadian itu dipercayai berlaku pada 14 April lepas.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests