Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

GURU TASKA DISYAKI DERA BAYI 11 BULAN DITUDUH ESOK

DALAM NEGARA

GURU TASKA DISYAKI DERA BAYI 11 BULAN DITUDUH ESOK

Sabtu lepas, polis menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berhubung terdapat kesan lebam pada pipi dan telinga sebelah kanan anaknya selepas mengambil bayi itu dari sebuah taska pada 6.15 petang, Jumaat lepas.

KUALA LUMPUR: Seorang guru taska yang direman sejak Sabtu lepas bagi membantu siasatan kes mengasari dan mendera seorang bayi lelaki berusia 11 bulan, akan didakwa di Mahkamah Sesyen Klang, Selangor, esok.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Mohd Hafiz Muhammad Nor menerusi kenyataan hari ini memaklumkan wanita berusia 24 tahun itu akan dituduh mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001.

Media sebelum ini melaporkan wanita itu ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh pada 6.50 petang, Sabtu lepas, dan direman hingga semalam sebelum disambung tiga hari lagi hingga esok.

Sabtu lepas, polis menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berhubung terdapat kesan lebam pada pipi dan telinga sebelah kanan anaknya selepas mengambil bayi itu dari sebuah taska pada 6.15 petang, Jumaat lepas.

Lelaki itu dimaklumkan oleh pengasuh taska bahawa kesan lebam itu berpunca akibat anaknya terjatuh dari meja di taska berkenaan. 

Bapa bayi itu kemudian menerima panggilan daripada penyelia taska pada Sabtu yang memaklumkan kesan lebam itu berpunca daripada perbuatan pekerjanya, sebelum membawa anaknya itu ke Hospital Sungai Buloh untuk tindakan lanjut. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading