HADI AWANG DIMASUKKAN KE JABATAN KECEMASAN

KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dimasukkan ke Jabatan Kecemasan, Hospital Putrajaya kira-kira 7.50 malam tadi akibat sesak nafas.

Perkara itu dikongsi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary.

Ujar Ahmad Marzuk, doktor yang merawat Abdul Hadi memaklumkan keadaan beliau stabil namun jantungnya lemah.

“Jantung beliau lemah berkemungkinan disebabkan dalam keadaan penat.

“Doktor telah memaklumkan bahawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk rawatan susulan,” kata Ahmad Marzuk dalam catatan di laman Facebook rasminya.

Abdul Hadi dilapor telah dibawa ke IJN pada jam 9.25 malam tadi. — AlHijrah Online

Leave a Reply