Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

HANNAH YEOH SALUR RM29,000 BANTU MASJID AL-IMAM AL-GHAZALI BELI VAN JENAZAH

DALAM NEGARA

HANNAH YEOH SALUR RM29,000 BANTU MASJID AL-IMAM AL-GHAZALI BELI VAN JENAZAH

Menteri Belia dan Sukan yang juga Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh menyalurkan RM29,000 bagi membantu pengurusan Masjid Al-Imam Al-Ghazali membeli sebuah van jenazah untuk kegunaan masjid itu.

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan yang juga Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh menyalurkan RM29,000 bagi membantu pengurusan Masjid Al-Imam Al-Ghazali membeli sebuah van jenazah untuk kegunaan masjid itu.

Beliau berkata peruntukan tersebut merupakan penambahan kepada dana yang telah dikumpulkan pihak masjid itu.

“Saya telah dimaklumkan oleh pihak masjid mengenai keperluan mendapatkan sebuah van jenazah dan difahamkan mereka telah mengumpulkan dana tetapi masih tidak mencukupi. Saya sudah lihat kertas permohonan mereka dan saya telah menyalurkan RM29,000 untuk mencukupkan peruntukan itu.

“Saya percaya van jenazah ini akan memanfaatkan penduduk Segambut yang memerlukan kerana penyewaan sebuah van biasa agak mahal,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan van jenazah yang sedia digunakan di masjid tersebut di sini hari ini.

Dalam pada itu, Yeoh berharap wakil rakyat lain di bawah Kerajaan Perpaduan turut menjaga kebajikan rakyat di kawasan masing-masing tanpa mengira kaum dan agama.

“Apabila permohonan (dana) masuk, saya tak lihat agama ini kena bagi berapa dan sebagainya, kalau ada apa sahaja keperluan kita akan salurkan mengikut kemampuan. Saya turut berterima kasih kepada penderma dana yang telah membantu membolehkan pembelian van ini,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading