Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENGAWAL KESELAMATAN, WANITA RENTUNG DALAM PONDOK PENGAWAL

DALAM NEGARA

PENGAWAL KESELAMATAN, WANITA RENTUNG DALAM PONDOK PENGAWAL

Seorang pengawal keselamatan lelaki serta seorang wanita ditemui rentung dalam pondok pengawal yang terbakar di Taman Bayam Indah, Lunas dekat sini malam tadi.

KULIM: Seorang pengawal keselamatan lelaki serta seorang wanita ditemui rentung dalam pondok pengawal yang terbakar di Taman Bayam Indah, Lunas dekat sini malam tadi.

Pengarah Bomba Kedah Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.56 malam sebelum menghantar sepasukan anggota bersama jentera di Balai Bomba Penyelamat Kulim ke lokasi kejadian.

“Semasa memadam kebakaran di lokasi, pihak bomba mendapati terdapat dua mangsa rentung dalam pondok tersebut.

“Mayat terbabit merupakan lelaki yang juga pengawal keselamatan dan seorang wanita,” katanya.

Sayani berkata, siasatan awal mendapati kebakaran berpunca dari dalam pondok pengawal dan kes diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kulim Supt Mohd Redzuan Salleh mengesahkan kejadian dan polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading