Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JAKIM: HANYA MASJID NEGARA ZON HIJAU, MULAI SOLAT JUMAAT HARI INI

DALAM NEGARA

JAKIM: HANYA MASJID NEGARA ZON HIJAU, MULAI SOLAT JUMAAT HARI INI

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memaklumkan hanya Masjid Negara berada di zon hijau dan akan memulakan solat jemaah, termasuk solat Jumaat dan solat-solat lain, bermula hari ini.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Paimuzi Yahya berkata dua lagi masjid yang berada di bawah pentadbirannya iaitu Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya masih lagi berada di dalam zon kuning.

Katanya, ini bermakna hanya Masjid Negara akan memulakan pelaksanaan solat Jumaat, solat berjemaah, solat Taraweh dan solat sunat Aidilfitri bermula hari ini.

“Walau bagaimanapun, pelaksanaan solat berjemaah tersebut hanya dihadkan kepada jemaah yang tidak kurang daripada tiga orang dan tidak melebihi 30 orang terdiri daripada pegawai dan kakitangan masjid serta jemaah yang akan ditentukan pihak pentadbiran masjid.

“Seperti yang disarankan pihak kerajaan, pelaksanaan solat berjemaah di masjid akan mematuhi semua syarat yang dinyatakan melalui garis panduan yang telah disediakan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan beliau itu merujuk kepada pelaksanaan solat Jumaat, solat berjemaah, solat Taraweh dan solat sunat Aidilfitri dalam tempoh Perintah Kawaalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi zon hijau yang diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri semalam.

Paimuzi berkata orang ramai adalah dinasihatkan untuk merujuk kepada pihak pentadbiran masjid terlebih dahulu dan tidak dibenarkan hadir ke masjid untuk solat berjemaah atau sebarang aktiviti sebelum mendapat keizinan pentadbiran masjid.

“Ini bagi mengelakkan berlakunya kehadiran jemaah yang di luar kawalan pihak masjid dan boleh menyebabkan penjarakan sosial yang tidak terkawal.

“Sama-samalah kita berdoa keadaan negara kita kembali pulih sepenuhnya dari wabak Covid-19 dan aktiviti di masjid dapat beroperasi seperti biasa,” katanya.

Kerajaan menguatkuasakan PKPB sehingga 9 Jun depan bagi memastikan rantaian wabak COVID-19 diputuskan sepenuhnya. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading