Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

HANYA PUSAT PENGAMALAN TAREKAT DI BAWAH HABIB SHAH FIRDAUS DITUTUP

DALAM NEGARA

HANYA PUSAT PENGAMALAN TAREKAT DI BAWAH HABIB SHAH FIRDAUS DITUTUP

SEREMBAN: Tujuh belas tarekat masih beroperasi di Negeri Sembilan daripada 18 yang berdaftar di bawah Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005.

Pengerusi Gabungan Tareqat Berdaftar Negeri Sembilan (G-TARIQ) Dr Muhammad Firdaus Abdul Manaf berkata penutupan melibatkan hanya melibatkan pusat pengamalan tarekat iaitu Pusat Pengamalan Tareqat Al-Naqsyabandiah Al-Khalidiyyah di bawah pimpinan Tuan Habib Shah Firdaus Habib Ahmad di Lot 3263, Jalan Labu, Batu 8, Kampung Jawa, Labu, Seremban.

“Baki 17 tarekat yang lain masih beroperasi seperti biasa, diiktiraf oleh Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan (JMKNNS), Jawatankuasa Fatwa Kerajaan Negeri Sembilan dan Jilsah al-Turuq al-Sufiyyah Negeri Sembilan. Ini selaras dengan peruntukan Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005 dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003.

“Penutupan ini bukan bermaksud pembatalan pendaftaran tarekat ini serta-merta, tetapi bagi memastikan siasatan lanjut dilakukan dengan teliti, adil dan berhemah mengikut prosedur dan lunas undang-undang yang diperuntukkan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata ia menunjukkan tindakan kawal selia tarekat yang proaktif dilakukan oleh pihak JMKNNS melalui Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005 ini berfungsi dengan baik dan berintegriti.

Beliau meminta semua pihak bertenang serta tidak menjadikan isu ini polemik mengundang perdebatan serta mencetus ketidakharmonian dalam masyarakat.

“Kita perlu merujuk kepada pihak autoriti agama apabila berhadapan dengan sebarang konflik dan kontroversi. Semua pihak seharusnya memahami bidang kuasa masing-masing tanpa menceroboh bidang kuasa pihak lain,” katanya. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading