Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

HARGA BAHARU MINYAK, ESOK

DALAM NEGARA

HARGA BAHARU MINYAK, ESOK

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad

Kerajaan perlu mempertimbangkan permintaan pengusaha stesen minyak sebelum memutuskan harga baharu petrol dan diesel selepas Mesyuarat Kabinet esok, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir berkata, kerajaan PH sedia menurunkan harga minyak mengikut harga pasaran dunia namun pada masa sama, perlu menimbang permintaan pengusaha stesen minyak.

“Kita akan mengadakan Mesyuarat Kabinet esok bagi menentukan harga minyak.

“Kita suka harga minyak turun, tetapi penjual minyak perlu membuat keuntungan kerana jika mereka tidak untung, kita tidak akan ada stesen minyak.

“Jadi kita harus pertimbang antara pembeli dan penjual sebelum buat keputusan,” katanya dipetik portal Berita Harian, hari ini.

Dr Mahathir ditemui selepas Program Back To School di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kedawang, Langkawi, hari ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan semalam mengumumkan harga runcit produk petroleum dikekalkan sebelum penetapan harga baharu akan dibuat sebelum akhir minggu pertama bulan ini.

Berikutan itu, harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel dikekalkan pada RM2.50 seliter bagi RON97, RM2.20 seliter bagi RON95 dan RM2.18 seliter bagi diesel.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading