HISAP VAPE DALAM DEWAN RAKYAT, HISHAMMUDDIN MINTA MAAF

KUALA LUMPUR: Tular satu video hari ini yang memaparkan ahli Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dipercayai menghisap vape ketika sidang Dewan Rakyat.

Hishammuddin menerusi laman Twitter rasminya memohon maaf atas tindakan tersebut.

“Maaf saya tidak sedar. Ia adalah tabiat baru.

“Saya memohon maaf kepada dewan dan berjanji tidak akan mengulanginya,” katanya.

Di laman Twitter, video tersebut telah ditonton lebih 250,000 orang dan mendapat pelbagai reaksi oleh netizen. — AlHijrah Online

Leave a Reply