Semua pihak dinasihat agar menghormati langkah kerajaan bagi menggubal Rang Undang-Undang (RUU) Mufti Wilayah Persekutuan dalam usaha mengangkat martabat dan kedudukan institusi mufti sejajar dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan dan akta yang berkuasa di Wilayah-Wilayah Persekutuan.
KUALA LUMPUR: Semua pihak dinasihat agar menghormati langkah kerajaan bagi menggubal Rang Undang-Undang (RUU) Mufti Wilayah Persekutuan dalam usaha mengangkat martabat dan kedudukan institusi mufti sejajar dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan dan akta yang berkuasa di Wilayah-Wilayah Persekutuan.
Presiden Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM), Abu Suffian Abu Yaziz berkata pihaknya menolak sebarang desakan oleh mana-mana pihak supaya Yang Berhormat Menteri Agama meletakkan jawatan dalam melaksanakan tugasnya disebabkan perbezaan pendekatan ijtihad dan khilaf pandangan terhadap segelintir pihak dalam memuktamadkan isu ini.
“Sewajarnya perbezaan ini menjadi adab yang perlu disantuni lebih-lebihlagi dalam merapatkan jurang perbezaan,kecelaruan pemikiran, fahaman dan iktikad di kalangan umat Islam mutakhir ini.
“Sebagai sosok yang bertanggungjawab dalam hal ehwal pentadbiran Islam, kehakiman, perundangan syariah, pengurusan haji, umrah dan lain-lain, desakan sedemikian bukanlah suatu amalan yang sihat dan profesional dalam pengurusan dan kepemimpinan organisasi, melainkan jelas perkara tersebut melibatkan isu pelanggaran tatakelola atau terbukti tidak kompeten,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Faktanya kata Abu Suffian, RUU Mufti Wilayah Persekutuan dilakukan berdasarkan lunas undang-undang sedia ada seperti mana diperuntukan dalam Jadual Kesembilan Senarai Negeri Perlembagaan Persekutuan.
PPSM menasihati semua pihak segera menghentikan tindakan menghasut dan menanam kebencian umat Islam terhadap kedudukan Menteri dan Mufti Wilayah Persekutuan yang bertanggungjawab dan jelas sedang melaksanakan gagasan Pelan Transformasi al-Falah dalam pentadbiran Islam Syariah, pentadbiran hal ehwal Islam dan lain-lain.
“Kembalikan semula sifat tasamuh dan adab yang menjadi teras utama dalam membangunkan sebuah masyarakat Madani serta ketepikan andaian yang bersifat dangkal dan sempit.
“PPSM mendukung prinsip kesopanan dan kesusilaan dalam menyantuni adabul ikhtilaf seperti mana diamalkan oleh Salafus Soleh dalam meletakkan kedudukan syariat Islam dan menterjemahkan amal Islami yang mulia dan berkeperibadian tinggi,” katanya.
Sementara itu Persatuan Kakitangan Ugama (PKPU) turut memandang serius terhadap gesaan pihak yang mengusulkan penggantian Mufti Wilayah dan Menteri Agama susulan isu pindaan RUU Mufti Wilayah Persekutuan 2024.
Setiausaha PKPU, Norzaidan Hamad berkata saranan seperti itu bukan sahaja tidak menghormati kepimpinan dan institusi agama yang menjadi tunjang keharmonian masyarakat Islam, tetapi juga berpotensi menghakis kepercayaan awam terhadap institusi agama yang menjadi rujukan umat Islam.
“PKPU menolak sebarang desakan tidak berasas untuk menggantikan Mufti Wilayah atau Menteri Agama semata-mata atas isu perbezaan pendekatan atau pandangan.
“Usul sebegini bukan sahaja tidak berasas, tetapi turut berpotensi menggugat kredibiliti institusi agama yang berperanan penting dalam membimbing masyarakat dengan kefahaman Islam yang jelas,” katanya.— AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked