KUALA LUMPUR: Pengarah-pengarah serantau Tabung Penduduk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA), Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyeru tindakan segera bagi menghentikan serangan berterusan ke atas hospital di Gaza.
Dunia tidak boleh berdiam diri apabila hospital yang sepatutnya menjadi tempat perlindungan kini berubah menjadi medan kematian dan kebinasaan.
Mereka berkata tindakan antarabangsa yang benar-benar berkesan amat diperlukan saat ini untuk menjamin gencatan senjata serta mencegah lebih banyak kematian dan memelihara apa yang masih berbaki dalam sistem penjagaan kesihatan di Gaza.
“Kami amat terkejut dengan laporan terkini serangan ke atas dan di sekitar Hospital Al-Shifa, Hospital Pediatrik Al-Rantissi Naser, Hospital Al-Quds, dan lain-lain di bandar dan utara Gaza yang mengorbankan banyak nyawa termasuk kanak-kanak.
“Konflik di utara Gaza menghalang akses yang selamat bagi kakitangan kesihatan, mangsa yang cedera, dan pesakit,” menurut kenyataan bersama UNFPA, UNICEF dan WHO.
Di Hospital Al-Shifa, bayi pramatang dan baru lahir yang bergantung kepada alat bantuan pernafasan dilaporkan mati akibat bekalan elektrik, oksigen dan air terputus dan andai keadaan itu berterusan yang lain juga berisiko mengalami nasib yang sama.
Kakitangan di beberapa hospital melaporkan kekurangan bahan api, air dan bekalan perubatan asas.
Sejak 36 hari lalu, menurut WHO sekurang-kurangnya 137 serangan ke atas perkhidmatan penjagaan kesihatan di Gaza, mengakibatkan 521 kematian dan 686 kecederaan, termasuk 16 kematian dan 38 kecederaan membabitkan petugas kesihatan.
Lebih separuh hospital di Semenanjung Gaza ditutup manakala hospital yang masih beroperasi menghadapi tekanan hebat dan hanya mampu menyediakan perkhidmatan kecemasan yang sangat terhad.
Kekurangan air, makanan dan bahan api juga mengancam kesejahteraan ribuan orang yang hilang tempat tinggal termasuk wanita dan kanak-kanak yang mencari perlindungan di hospital dan kawasan sekitarnya.
“Akses berterusan tanpa halangan dan selamat begitu diperlukan sekarang bagi membekalkan bahan api, perubatan dan air untuk kelangsungan perkhidmatan kesihatan. Keganasan harus dinoktahkan sekarang,” menurut kenyataan itu.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked