Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

HUBUNGAN ARAB SAUDI-ISRAEL TIDAK TERJALIN SEHINGGA ISU PALESTIN SELESAI

DALAM NEGARA

HUBUNGAN ARAB SAUDI-ISRAEL TIDAK TERJALIN SEHINGGA ISU PALESTIN SELESAI

RIYADH: Arab Saudi tidak akan mengikuti langkah Emiriah Arab Bersatu (UAE) menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara haram Israel sehinggalah negara Yahudi itu menandatangani perjanjian damai yang diiktiraf dengan Palestin.

Menteri Luar, Putera Faisal Farhan Al Saud berkata, hubungan antara kedua-dua negara itu tidak akan terjalin selagi isu Palestin tidak diselesaikan.

Tambah Putera Faisal, keamanan perlu dicapai dengan rakyat Palestin berdasarkan prinsip perjanjian antarabangsa sebagai syarat untuk menormalkan hubungan dengan Israel.

Beliau juga mengkritik dasar satu pihak yang dibuat Israel yang mahu meluaskan penempatan haram Yahudi di tebing barat dan hanya akan memburukkan lagi konflik antara Riyadh dengan wilayah haram itu.

Pengumuman Arab Saudi merupakan reaksi pertama negara beraja itu sejak UAE mencapai persetujuan dengan Israel selepas Riyadh berdepan tekanan daripada Washington supaya mengumumkan langkah sama dengan Abu Dhabi.

UAE adalah negara teluk pertama yang menormalisasikan hubungan dengan Israel sehingga memberi tekanan kepada negara Arab lain termasuk Arab Saudi untuk melakukan perkara sama. — Alhijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading