IBU MENGANDUNG, PENGHIDAP SAKIT KRONIK DISARAN TANGGUH UMRAH

Hanya 3 jam tempoh jemaah tunaikan umrah - ismaweb

ARAB SAUDI: Bagi mencegah risiko jangkitan COVID-19, jemaah yang mengidap penyakit kronik disarankan untuk tangguhkan ibadah umrah.

Kementerian Kesihatan Arab Saudi pada Isnin menyatakan, ibu mengandung serta mereka yang menghidap penyakit seperti diabetis, tekanan darah tinggi, obesiti dan sakit jantung diminta untuk menangguhkan ibadah umrah.

Selain itu mereka yang pernah ditahan wad sejak enam bulan lalu dan menerima rawatan berkaitan jantung, lemah imunisasi dan penyakit dada kronik dalam masa 12 bulan terakhir disarankan menangguhkan hasrat menunaikan umrah.

Arab Saudi sebelum ini umum membenarkan semula umat Islam menunaikan umrah bermula 4 Oktober depan selepas lebih enam bulan menggantung kebenaran ibadah itu sejak Mac lalu susulan penularan COVID-19.

Keputusan tersebut selepas mengambil kira hasrat dan aspirasi umat Islam untuk menunaikan ibadah tersebut.

Pun begitu kebenaran umrah dibuat secara berperingkat dan berpandukan langkah pencegahan kesihatan yang diperlukan bagi mengelak penularan COVID-19. — AlHijrah Online

Leave a Reply