Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENGANGKUTAN AWAM PRASARANA BEROPERASI SEPERTI BIASA

DALAM NEGARA

PENGANGKUTAN AWAM PRASARANA BEROPERASI SEPERTI BIASA

Rakyat kekalkan SOP hari pertama PKPP - YouTube
Sumber: Harian Metro

KUALA LUMPUR : Semua perkhidmatan rangkaian rel transit dan bas kendalian Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Hal Ehwal Media Prasarana, Azhar Ghazali berkata, pihaknya mendapati jumlah penumpang masih seperti biasa pada waktu puncak antara jam 6 pagi hingga 9 pagi.

“Sektor ekonomi yang masih dibenarkan operasi adalah faktor utamanya,” kata Azhar.

Waktu operasi tren berjalan seperti biasa dalam tempoh PKPB iaitu dari enam pagi hingga 12 tengah malam, bagi memudahkan pengguna terutama untuk pergi dan balik kerja.

Para penumpang diminta untuk melakukan penjarakan fizikal secara kendiri, dan memuat turun aplikasi MySejahtera dan mengimbas kod QR, selain daripada mematuhi SOP yang sedia ada.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading