KELAS AL-QURAN PERCUMA

KOTA BHARU: Seramai hampir 80 pelajar sekolah rendah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Bharu kini mengikuti kelas pengajian Al-Quran secara percuma yang ditaja Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan.

Inisiatif ini adalah hasil kerjasama YADIM Kelantan dengan persatuan penduduk PPR berkenaan sejak September lalu.

Menerusi kerjasama itu, YADIM Kelantan membiayai kos pembelajaran para pelajar berkenaan manakala persatuan penduduk menyediakan seramai lima tenaga pengajar, yang juga dibiayai YADIM.

Menurut YADIM, usaha berkenaan mendapat sambutan sangat baik daripada penghuni PPR berkenaan, malah penduduk kawasan sekitar turut menghantar anak-anak mereka ke kelas ini.

Difahamkan, kelas pengajian itu bermula selepas Maghrib, sebelum para pelajar berhenti seketika untuk menunaikan solat Isyak berjemaah dan disambung selepas itu hingga kira kira jam 10 malam.

Kelas Al-Quran tersebut diadakan tiga kali seminggu. — AlHijrah Online

Leave a Reply