IKUT AJARAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH, HINDARI PEMIKIRAN KHAWARIJ, TAKFIRI
KUALA LUMPUR: Umat Islam di negara ini diingatkan supaya tidak terjerumus dengan pemikiran khawarij baharu dan takfiri serta bersifat ghuluw, sebaliknya hanya mengikut ajaran Islam berasaskan pegangan dan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) dari segi akidah, syariah dan akhlak.
KUALA LUMPUR: Umat Islam di negara ini diingatkan supaya tidak terjerumus dengan pemikiran khawarij baharu dan takfiri serta bersifat ghuluw, sebaliknya hanya mengikut ajaran Islam berasaskan pegangan dan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) dari segi akidah, syariah dan akhlak.
Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Prof Madya Datuk Dr Mohamed Azam Mohamed Adil berkata pemikiran khawarij baharu ialah menjatuhkan mana-mana pemerintah yang dilabelkan sebagai zalim, manakala takfiri pula merujuk kepada tuduhan mengkafirkan orang lain dengan mudah.
Beliau berkata golongan ghuluw iaitu keterlaluan atau melampau menerapkan kefahaman ekstrem dalam memahami serta mengambil sesuatu tindakan, dan ghuluw dalam beragama adalah sikap melampau batas dalam perintah agama.
“IKIM senada dengan usaha kerajaan yang sentiasa memantau pengajaran agama Islam di semua platform supaya tidak menyimpang daripada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).
“Ia selaras dengan keputusan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) pada 5 Mei 1996 bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam berasaskan pegangan ASWJ,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar mendedahkan gelombang pemikiran khawarij dan takfiri di negara ini kini berada pada tahap membimbangkan.
Berhubung isu panggilan kafir, Mohamed Azam berkata terdapat sekurang-kurangnya 310 tempat menyebut perkataan kafir dalam al-Quran dan al-Hadis, namun menurut ulama besar dunia Syeikh Dr Yusuf al-Qardawi, hanya terdapat dua ayat sahaja dalam al-Quran yang memanggil mereka secara langsung dengan panggilan “Wahai orang-orang kafir” iaitu dalam surah at-Tahrim ayat 7 dan surah al-Kafirun ayat 1.
Ketetapan itu menunjukkan perbezaan antara keimanan dan kekufuran seseorang individu yang penggunaannya tidak berubah.
Beliau berkata melihat kepada keadaan dan konteks yang berbeza seperti dalam interaksi antara orang Islam dan bukan Islam, menurut Syeikh Dr Yusuf dan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Prof Madya Dr Luqman Abdullah, boleh memanggil orang yang berbeza agama dengan Islam dengan panggilan bukan Muslim (non-Muslim/ghayru Muslim).
“Istilah ini lebih harmoni dalam konteks di Malaysia dengan kepelbagaian agama dan dalam Kajian Piagam Harmoni Malaysia (PHM) yang sedang dijalankan IKIM juga, terdapat perkara-perkara ditekankan ke arah usaha mewujudkan masyarakat harmoni yang memerlukan kerjasama setiap masyarakat Malaysia.
“Justeru pendekatan hidup dalam keadaan aman dan damai seperti ditekankan dalam Fiqh al-Ta’ayush (peaceful co-existence) hendaklah diterapkan dalam semua lapisan masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya,” katanya. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager