Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

IKUT AJARAN ISLAM, JANGAN BERPECAH DISEBABKAN FAHAMAN POLITIK

DALAM NEGARA

IKUT AJARAN ISLAM, JANGAN BERPECAH DISEBABKAN FAHAMAN POLITIK

PUTRAJAYA: Perbezaan fahaman politik tidak wajar menjadi punca umat Islam di negara ini berpecah-belah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berucap pada Jualan Rakyat Penjawat Awam di Kompleks Islam hari ini. — Bernama

PUTRAJAYA: Perbezaan fahaman politik tidak wajar menjadi punca umat Islam di negara ini berpecah-belah.

Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, umat Islam yang beriman kepada Allah SWT dan Al-Quran akan memilih penyatuan berbanding perpecahan yang merugikan.

“Kalau kita orang Islam yang beriman kepada Allah SWT dan Al-Quran itu menjadi pegangan kita, maka sudah tentu jelas dalam Al-Quran supaya kita jangan berpecah –belah.

“Orang Islam yang beriman kena berpegang untuk bersatu memastikan Islam dimartabatkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan-kenyataan berkaitan politik yang dibimbangi boleh menjejaskan kehormonian negara.

Mohd Na’im sebelum itu hadir merasmikan Program Jualan Rakyat Penjawat Awam anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di Putrajaya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar (kanan) melancarkan Jualan Rakyat Penjawat Awam di Kompleks Islam hari ini. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Tuan Kamarul Arief Tuan Soh. — Bernama

Jualan pada harga rendah itu katanya sebahagian daripada usaha agensi dibawahnya untuk terus mengajurkan program yang memberi manfaat kepada orang ramai. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading