Connect with us

ALHIJRAH NEWS

IMAM BERJUBAH MEREMPIT DITAHAN POLIS

DALAM NEGARA

IMAM BERJUBAH MEREMPIT DITAHAN POLIS

Polis menahan seorang lelaki yang juga merupakan imam di sebuah surau, selepas dipercayai membawa motosikal secara merbahaya di Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE), awal pagi tadi.

SHAH ALAM: Polis menahan seorang lelaki yang juga merupakan imam di sebuah surau, selepas dipercayai membawa motosikal secara merbahaya di Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE), awal pagi tadi.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, suspek bersama rakannya yang berusia 20 dan 22 tahun itu ditahan pada jam 2 pagi menerusi Ops Samseng Jalanan oleh sepasukan Unit Risikan Operasi JSPT Bukit Aman.

“Pemantauan mendapati dua penunggang itu melakukan aksi superman, bersaing sesama sendiri dan zig-zag yang membahayakan diri sendiri serta pengguna jalan raya lain,” katanya.

Difahamkan, lelaki berusia 20 tahun yang juga bekas pelajar tahfiz itu baru selesai mengimamkan solat sunat tarawih di sebuah surau di Klang.

Sewaktu kejadian, suspek masih berpakaian jubah semasa melakukan aksi rempit.

“Polis telah menyita dua motosikal jenis Yamaha Y15ZR dan Honda RS150R untuk tindakan lanjut.

“Kedua-dua suspek telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam untuk siasatan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan,” katanya.

Dalam operasi berasingan, JSPT Bukit Aman turut menahan enam penunggang motosikal selepas dikesan melakukan lagak samseng jalanan di Lebuhraya Persekutuan dan Lebuhraya Shah Alam (KESAS).

Katanya, kesemua penunggang berusia 14 hingga 22 tahun itu masing-masing telah dibawa ke IPD Shah Alam dan IPD Klang Selatan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading