Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

IMAM MASJID DI INDONESIA DITIKAM KETIKA SOLAT SUBUH

DUNIA

IMAM MASJID DI INDONESIA DITIKAM KETIKA SOLAT SUBUH

Seorang imam masjid cedera parah selepas ditikam ketika sedang memimpin solat subuh berjemaah dalam kejadian yang berlaku di Masjid Baiturrahman, Desa Tompira, Kecamatan Petasia Timur, Indonesia awal pagi semalam.

Sumber: Media Sosial

MOROWALI UTARA: Seorang imam masjid cedera parah selepas ditikam ketika sedang memimpin solat subuh berjemaah dalam kejadian yang berlaku di Masjid Baiturrahman, Desa Tompira, Kecamatan Petasia Timur, Indonesia awal pagi semalam.

Menurut Pihak Berkuasa Morowali Utara, Iptu Theodorus Resupal, kejadian berlaku kira-kira 4.45 pagi dan mangsa Muhammad Jumali, 27, ditikam di bahagian perut oleh suspek yang berusia 23 tahun dan dikenali sebagai Al.

“Suspek berpura-pura menyertai saf jemaah sebelum keluar dan menikam mangsa ketika beliau sedang rukuk.

“Jemaah lain kemudian bertindak menghentikan serangan dan menagan suspek suspek sebelum polis tiba di lokasi,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa kemudian dihantar ke Klinik Krisna Bunta untuk rawatan awal sebelum dibawa ke Hospital Daerah Kolonade.

Hasil ujian air kencing, suspek positif dadah dan siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti motif kejadian.

Polis turu merampas sebilah pisau, telefon bimbit dan rakaman cctv sebagai bahan bukti.

Kes disiasat di bawah Pasal 351 Kanun Keseksaan Indonesia.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading