Connect with us

ALHIJRAH NEWS

PELAJAR JATUH TINGKAT TIGA ASRAMA: PENGETUA, PENOLONG KANAN HEM, WARDEN SEKOLAH DIPINDAHKAN SEMENTARA

DALAM NEGARA

PELAJAR JATUH TINGKAT TIGA ASRAMA: PENGETUA, PENOLONG KANAN HEM, WARDEN SEKOLAH DIPINDAHKAN SEMENTARA

“KPM tidak berkompromi dengan sebarang salah laku buli. Tindakan tegas akan diambil sekiranya terbukti kejadian ini melibatkan salah laku buli.”

PUTRAJAYA: Pengetua, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid serta semua warden sekolah yang terlibat kemalangan seorang pelajar terjatuh dari tingkat tiga di sebuah asrama sekolah di Sabak Bernam ditempatkan sementara di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN: PELAJAR TINGKATAN TIGA ‘TERJATUH’ DARI TINGKAT TIGA ASRAMA SEKOLAH

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, penempatan sementara tersebut adalah untuk proses siasatan dalaman oleh KPM bagi meneliti semua aspek pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di sekolah itu sehingga selesai.

“Saya pastikan siasatan dijalankan secara terperinci semua aspek berkaitan termasuk dakwaan buli dalam kejadian ini.

“KPM tidak berkompromi dengan sebarang salah laku buli. Tindakan tegas akan diambil sekiranya terbukti kejadian ini melibatkan salah laku buli,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya hari ini.

Fadhlina berkata, laporan kepada pihak polis juga telah dibuat supaya siasatan lanjut boleh dilaksanakan oleh pihak berkuasa.

“Saya mendoakan supaya anakanda diberi kesembuhan segera dan keluarga diberikan kesabaran dalam menghadapi ujian ini,” katanya.

Terdahulu polis hari ini mengesahkan kejadian seorang pelajar lelaki tingkatan tiga dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga asrama di sebuah sekolah di Sabak Bernam.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: PELAJAR TINGKATAN TIGA ‘TERJATUH’ DARI TINGKAT TIGA ASRAMA SEKOLAH – ALHIJRAH ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading